Bila sebut saja pasal percutian, rata-rata memikirkan barang apa yang perlu dibawa, betul tak?

Lagi-lagilah bila nak bercuti di tempat yang jauh dengan jangka masa yang agak panjang. 

 Mestilah excited, kan?!

Bila dah excited, mestilah semua benda anda nak pack dan bawa bersama ke percutian. 

Daripada sekecil-kecil barang sehingga yang besar, kalau boleh nak sumbat semua dalam beg! 

Tapi sebenarnya tak perlu pun bawa banyak barang… walaupun anda rasa perlu.

Nah, kami listkan barang-barang yang tak perlu ada pun tak apa kot?!

Barang kemas

Faham, perhiasan dengan perempuan memang tak boleh berpisah. Ibarat kuku dengan isi.

Tapi sebenarnya tak perlu pun bawa banyak-banyak. Bawa satu yang boleh dipakai dengan apa-apa outfit.

Lagi pun, anda belum tahu keadaan tempat yang dituju tu. Takut anda menjadi tumpuan kepada pencuri pula. Ha, naya je!

Toiletries yang berlebihan

Jika anda menginap di hotel, ketahuilah pihak hotel telah pun menyediakan kelengkapan mandi buat anda. 

Kalau ada yang tak lengkap, call saja housekeeping. So memang tak perlu bawa keperluan mandi kecuali pencuci muka. 

Tapi macam mana pula bagi anda yang menginap di motel atau mana-mana tempat yang tidak menyediakan kelengkapan mandi?

Dalam kes ini, anda boleh bawa barang mandi yang paling asas. 

Maknanya tak perlulah hair conditioner ke, body scrub ke semua benda tu perlu bawa. 

Multiple jeans

Pilih satu seluar jeans kegemaran anda dan itu sahaja yang anda akan bawa!

Tak perlu sampai lima seluar jeans. Seluar jeans kan tebal dan berat, ia akan ambil banyak space dalam luggage anda nanti. 

Pilih je satu yang akan sesuai dengan mana-mana outfit. 

Kasut tinggi

Melainkan anda ada majlis makan malam yang penting, memang patutlah anda bawa kasut tinggi. 

Selain itu? Percayalah, anda tak perlu pun kasut tinggi tuu..

Buat sakit kaki je nanti!

Pengering rambut

Rajinkan diri anda untuk bangun awal sekiranya anda perlu mengeringkan rambut tanpa perlu menggunakan pengering rambut. 

Selain mengambil banyak ruangan dalam luggage, ia juga menambah berat. 

Dan anda tak akan ada masa punya nak keringkan rambut guna pengering rambut. Serious tak tipu!

Baik guna masa tu untuk menjelajah tempat percutian anda.