Seperti sebuah fenomena, minuman Bubble Tea tiba-tiba menjadi trend semasa yang mesti perlu dicuba. 

Kalau tak cuba tu, tak up-to-date lah kata orang putih. 

Semakin hari, semakin ramai yang mengambil peluang trend semasa ini untuk membuka perniagaan bubble tea. 

Maka dengan itu, macam-macam bubble tea ada sekarang.

Selepas timbul macam-macam bubble tea, wujudlah pula macam-macam challenge yang dibuat untuk mencari bubbLe tea yang terbaik. 

Bukan satu, bukan dua, atau bukan tiga, malah lebih daripada lima bubble tea yang diminum untuk menjalani challenge itu. 

Tak percaya? Buka YouTube anda sekarang, dan search untuk bubble tea challenge. 

Tidak dinafikan, memang betul teh adalah minuman yang baik untuk kesihatan.

Jadi apa sebenarnya keburukkan bubble tea?

Lambakkan bubble tea zaman moden kini mempunyai kandungan gula yang tinggi. 

Ada sumber yang mengatakan kandungan gula dalam beberapa minuman bubble tinggi lebih tinggi daripada minuman berkabornat Coke!

Sebagai contoh, secawan bubble tea 500ml tanpa campuran bahan-bahan lain menganfungi sekitar 30g-40g gula, tiga kali tinggi daripada minuman Coke 320ml. 

Malah, ia bersamaan dengan kira-kira enam sehingga lapan sudu teh setiap cawan. 

Ini belum ditambah dengan pelbagai toppings dan tambahan yang lain seperti tambahan sirap gula, gula merah dan susu pekat manis!

Pearl atau boba pula diperbuat daripada kanji. 

Dan pearl ini tidak mempunyai apa-apa selain kandungan karbohidrat dan gula yang tinggi selepas disaluti dengan gula perang. 

Jadi, bertambah lagilah kandungan gula dalam minuman itu.

 Boleh bayangkan tak betapa banyak kandungan gula dalam bubble tea yang digilai ramai?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan maksimum 5 hingga 10 sudu teh gula setiap hari. 

Kalau sehari anda minum teh itu, sudah habis kouta gula anda.

Bukan tak boleh minum bubble tea, tapi kalau dah berlebih, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri. 

Bubble tea sememangnya tidak mempunyai risiko dari segi kimia.

Namun, ramai yang mengabaikan kandungan gula yang sangat tinggi dalam minuman itu. 

Tapi, siapa kata tak boleh minum?

Boleh, tapi ada caranya. Cara yang lebih sihat adalah:

  • Minta tearista untuk mengurangkan kandungan gula

  • Elak tambahan toppings dan sirap

  • Kurangkan pearls

  • Tukar kepada low fat milk

  • Limitkan pengambilan minuman bubble tea

Begitulah caranya. Benda ini bukan tidak boleh minum langsung. Tapi harus ada waspada dan jaga-jaga. 

Hari ni mungkin anda beratur panjang untuk bubble tea milk, siapa tahu esok lusa beratur pula di hospital sebab Diabites. Sudah berapa kerap anda minum air manis ni?