Rasanya hampir semua pernah mempunyai seluar jeans.
Kata orang fesyen jeans ni tak akan lapuk, dan sesuai untuk kebanyakkan orang.
Tak kisah lah genarasi tua atau muda, mesti tak lengkap tanpa seluar jeans.
Tapi, bila dah meningkat usia, mesti seluar jeans lama korang dah tak muat.

Betul tak?

Katakanlah korang ni peminat tegar seluar jeans. So bila dah tak muat, nak buat
apa dengan seluar banyak banyak ni?
Buang?

Sayang pula.

Apa kata korang transformkan seluar jeans korang dengan cara yang fun?
Ha, ikuti tips ini. Paling penting semua ni DIY je!

Handbag/Bag tangan

Kalau dulu idea ini sekadar DIY sahaja, kini handbag yang diperbuat dengan material denim sudah pun dipasarkan dan mendapat sambutan ramai.

Tapi buat apa beli baru bila boleh buat sendiri? Jimat pun jimat, ye tak?

Nak lagi fun, korang boleh jual dengan harga yang murah!

Headband/Cekak

Buat wanita yang menggemari aksesori rambut, jeans lama juga boleh dijadikan sebagai aksesori rambut. 

Jahitkan saja seluar jeans yang telah dipotong kecil kepada base asal cekak tersebut. 

Bukan sahaja dapat recycle, malah boleh nampak cool dan trendy.

Tie/Tali leher

Jejaka di luar sana! Kalau nak nampak cool dan stylo, korang juga boleh try buat tie korang daripada jeans lama. 

Dan untuk para wanita tengah cari idea nak bagi hadiah dekat boyfriend/suami/abang, boleh lah try DIY tali leher ni. 

Tapi jangan pula pergi tambah bunga ke, rama-rama ke, malu pula si dia nak pakai nanti!

Apron

Daripada korang buag jeans lama tu, ada baiknya korang buat apron dan beri kepada ibu atau isteri.

 Tambah-tambah lagi bila apron tu daripada hasil tangan korang, confirm diorang suka punyalah!

 So takpayah lah buang jeans-jeans lama tu, DIY kan je!